"Anda tidak pernah mencapai kesuksesan sesungguhnya sampai anda menyukai apa yang sedang anda kerjakan"

SALAM PERKENALAN

" Assalamu'alaikum wr.wb Alhamdulillah Puji dan Syukur ke hadirat Alloh SWT atas karunia-Nya yang tiada henti mengalir pada kita. Sholawat dan Salam bagi Nabi Muhammad SAW sebagai Uswatun Hasanah. Sebelumnya saya mengucapkan Terima kasih telah berkunjung di Blog ini. dan Salam kenal dari saya dan semoga Sukses selalu. Amiin. Perkenalkan, Nama saya Syauqi Kamal, Lahir di Sanggeu ( Pidie ), 27 Tahun yang lalu. saya sekarang bekerja di Dinas Pekerjaan Umum Kabupaten Pidie Jaya. ya sengaja membuat Blog yang sangat sederhana ini, dengan maksud ingin berbagi info, berkenalan dengan sahabat2 netter sekalian, dan tentunya saya pun ingin mengambil manfaat dari blog ini. mudah2an sahabat2 sekalian mau berbagi informasi kepada Sasaya, tentunya sangat berharga. Blog ini saya sengaja saya beri tema "SyauqiKamal" dengan tujuan, dengan blog ini saya ingin berbagi Informasi tentang Dunia diri saya dan lainnya. Yaach, walaupun rata2 sudah memilikinya, tetapi saya yakin setiap hari banyak pendatang baru yang belum tahu mengenai dunia Online, so saya berharap dengan berbagi eBook dan software tersebut bisa membantu menambah Pengetahuan. Demikian, Semoga bermanfaat. Wassalamu'alaikum wr.wb salam Kenal.

Renungan

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan... teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup ini..."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kapada Ilahi..."

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan"

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Pages

Minggu, 04 Desember 2011

Cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
 “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) 

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
 Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 

GEMAR BERJALAN KAKI
 

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. 

TIDAK PEMARAH
 

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati. 

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
 

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
 

TIDAK PERNAH IRI HATI
 

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
 

PEMAAF
 

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
 
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. 

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya...

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India
Read more: http://epg-studio.blogspot.com/2010/02/background-berganti-warna-setiap.html#ixzz1gES85YSO